Mahir Masak: Pembuatan Jus Buah Naga & Matcha Milk Tea
29 April 2026 | Aktiviti Terkini
Pada 29 Julai 2026, peserta Mahir Masak Musim 4 yang disertai oleh 5 orang peserta telah melakukan amali di NADI Kampung Gunung Hilir. Dalam sesi kali ini, peserta mempelajari cara menyediakan dua jenis minuman popular iaitu Jus Buah Naga dan Matcha Milk Tea.
Sepanjang program, peserta didedahkan dengan teknik penyediaan bahan, sukatan yang tepat serta kaedah penyediaan minuman yang menarik dan berkualiti. Selain meningkatkan kemahiran penyediaan minuman, program ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk menghasilkan minuman yang berpotensi dipasarkan sebagai produk jualan.
Program berakhir dengan sesi bergambar dan hasil minuman dikongsi sesame peserta. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan harian serta membuka peluang menjana pendapatan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: