dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGAM MADANI RAKYAT (PMR) 2025 BALING

5 September 2025 | Aktiviti Terkini

Baru – baru ini telah berlangsung Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling, Kedah selama tiga hari dari 4 Ogos 2025 hingga 6 Ogos 2025. NADI turut menyertai program ini dengan membuka reruai dengan menawarkan pelbagai aktiviti Perkhidmatan Pintar dan pendaftaran ahli baharu.

Petugas NADI Kampung Gunung Hilir tidak melepaskan peluang menyertai PMR 2025 di Baling dengan membantu petugas – petugas NADI yang lain untuk melancarkan setiap Perkhidmatan Pintar yang ditawarkan di reruai NADI seperti saringan kesihatan dan pendaftaran ahli baru.

Hasil daripada Program MADANI Rakyat 2025 di Baling selama tiga hari, pihak NADI telah berjaya mendapatkan 1,927 orang ahli baharu dan sebanyak 813 saringan telah dilakukan. Reruai NADI juga mendapat kunjungan daripada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir PMR 2025. Tambahan pula reruai NADI juga mendapat Tempat Kedua untuk Anugerah Perkhidmatan Terbaik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.