Kempen Internet Selamat Di SK Gunong
9 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Oktober 2025, jam 10.45 pagi NADI Kluster Kota Setar iaitu NADI Kampung Gunung Hilir, Alor Malai dan Mergong telah menjayakan Kempen Internet Selamat (KIS) dengan kerjasama pihak sekolah di dewan Sekolah Kebangsaan Gunong.
Seramai 80 orang pelajar sekolah rendah tahap 2 telah menyertai sesi yang dikendalikan oleh 3 fasilitator dengan 5 modul pengajaran. Kempen ini dapat memberi peluang dan pendedahan awal kepada para pelajar untuk berfikir dan berkongsi pandangan tentang risiko dan pencegahan yang berlaku di internet dan juga media sosial.
Program ini disertakan dengan kuiz, sesi soal jawab dan juga penyampaian ikon pelajar dan ikon guru sekolah sebagai tanda kempen telah dilaksanakan disekolah tersebut. Keseluruhan program berjalan lancar dan pelajar seronok kerana mendapat goodies dan dapat berkongsi ilmu tentang isu-isu permasalahan di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: