dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat Peringkat PPD Kota Setar

20 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, NADI Kluster Kota Setar bersama-sama MCMC Kedah telah menjayakan Kempen Internet Selamat (KIS) peringkat PPD Kota Setar. Sebanyak 40 buah sekolah telah terlibat termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) cina dan tamil yang diiringi oleh guru dan 4 orang pelajar.

Seramai 160 orang pelajar sekolah rendah tahap 2 telah menyertai sesi yang dikendalikan oleh 8 fasilitator NADI dengan 5 modul pengajaran. Kempen ini dapat memberi peluang dan pendedahan awal kepada para pelajar untuk mendapat kesedaran awal tentang risiko dan pencegahan yang berlaku di internet dan juga media sosial.

Program ini telah mendapat kunjungan oleh Tuan Haji Bukhari bin Yahya , Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC dengan memberi ucapan pembukaan program dan berpeluang beramah mesra bersama para pelajar dan guru-guru yang hadir. Sesi diteruskan dan disertakan dengan kuiz, sesi soal jawab dan diakhiri dengan sesi bergambar serta jamuan tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.