Bazar Raya NADI 2025
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniMelalui Inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC telah mencadangkan penganjuran Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini mendapat sokongan daripada YBhg. Tan Sri Pengerusi MCMC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan ahli NADI. Program berlangsung pada 22 Mac 2025 bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang melibatkan komuniti dan usahawan setempat. Antara jualan barangan terpilih adalah seperti baju terpakai, kuih raya, dan barangan kosmetik.
Objektif utama program ini adalah untuk memberi peluang kepada usahawan NADI memasarkan produk mereka. Selain itu, dapat menarik penyertaan usahawan baharu ke dalam program Keusahawanan di bawah teras NADI Perkhidmatan Pintar serta dapat mempromosikan NADI kepada komuniti.
Selain jualan dari usahawan setempat, pihak NADI Kg Gunung Hilir juga menjalankan aktiviti seperti pendaftaran keahlian dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Terdapat juga program Belajar@NADI yang berlangsung secara atas talian (Live) untuk komuniti seperti Program NADI X Kidventure dan juga NADI X Kesedaran. Taklimat dan kuiz Kahoot juga turut diadakan di sesi NADI X Kesedaran untuk menguji tahap kefahaman dikalangan pelajar sekolah. NADI X Keusahawanan juga diadakan pada sesi petang dan ditonton oleh usahawan yang hadir.
Program ini, dapat menarik ramai komuniti untuk datang ke NADI dan mengetahui perkhidmatan pintar melibatkan Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran, dan juga Inisiatif Kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: