Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Komuniti Madani Anak Bukit (Kemasyarakatan)
20 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2025, Sabtu telah berlangsungnya Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Komuniti Madani (Kemasyarakatan) Peringkat DUN Anak Bukit bertempat di TADIKA Taman Mas Merah, Anak Bukit. Program bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kota Setar bersama Komuniti Madani DUN Anak Bukit.
Antara aktiviti yang berlangsung adalah saringan kesihatan kendiri dan pendaftaran MyDigital ID dari NADI Kluster Kota Setar iaitu NADI Kampung Gunung Hilir, Pokok Sena, Bukit Payung, Simpang Empat dan NADI Kodiang (Kubang Pasu).
Turut terlibat Pejabat Kesihatan Kota Setar perkongsian tentang demostrasi CPR, pihak swcorp taklimat tentang pelupusan sisa pepejal dan aktiviti gotong royong bersama penduduk taman di kawasan berdekatan.
Sesi akhir adalah simbolik menanam pokok di kawasan TADIKA Taman Mas Merah serta acara cabutan bertuah dan jamuan tengahari. Program ini turut memberi peluang kepada pihak NADI untuk mewarwarkan perkhidmatan pintar di kawasan DUN Anak Bukit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: