dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM MINI ASAS KOMUNITI MADANI DAERAH KOTA SETAR PERINGKAT PARLIMEN KUALA KEDAH

3 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Rabu, 2 Julai 2025, telah diadakan Program Mini Asas Komuniti Madani Daerah Kota Setar Peringkat Parlimen Kuala Kedah bertempat di NADI Kampung Gunung Hilir. Program ini bermula pada jam 2.30 petang, dengan kerjasama dari Jabatan Penerangan dan juga ahli Komuniti Madani Parlimen Kuala Kedah melibatkan 3 DUN iaitu Anak Bukit, Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor.

Program dimulakan dengan sesi pengenalan NADI kepada Komuniti Madani dari pengurus NADI, Cik Nor Ajrina Bt Jamil. Seterusnya ucapan dari Pegawai Penerangan Daerah Kota Setar, Encik Muhammad Akmal Bin Muhamad. Selepas itu, jemputan dari Komuniti Madani mengikuti sesi mini asas iaitu mencipta video menggunakan capcut yang dikendalikan oleh Encik Khairi Bin Sidik yang juga Pegawai dari Jabatan Penerangan. Program diakhiri dengan ucapan dari Pegawai Penerangan Daerah Kota Setar, Puan Suraya Binti Baharuddin. Program ini dilengkapkan lagi dengan sesi bergambar dan jamuan ringan bersama semua jemputan yang terlibat sepanjang program.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.