dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Jiwa Komuniti Madani Anak Bukit (Sembang Santai)

30 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 29 September 2025 di NADI Kampung Gunung Hilir dengan kerjasama Jabatan Peneragan (JAPEN) Daerah Kota Setar telah mengadakan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi Jiwa Komuniti Madani Anak Bukit (Sembang Santai). Program ini berlangsung hampir 3 jam dengan ketibaan dari komuniti setempat pada pukul 2 petang.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu – aluan daripada Penyelaras Program, Puan Noor Faeizah binti Ahamad dan sesi bacaan Yaasin yang diketuai oleh ahli – ahli Masjid Nurul Iman. Selesai bacaan Yaasin, program diteruskan lagi dengan sesi taklimat daripada Pengurus NADI Kampung Gunung Hilir, Cik Nor Ajrina Bt Jamil dan seterusnya taklimat daripada pegawai – pegawai Penerangan Daerah Kota Setar tentang isu semasa. Sesi soal jawab juga dilakukan menggunakan kod bar untuk mengetahui tentang tahap kepuasan komuniti setempat dengan isu semasa.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan hidangan petang kepada komuniti yang hadir. Program sebegini memudahkan petugas NADI untuk mempromosikan tentang Perkhidmatan Pintar yand disediakan di NADI. Hal ini dapat menarik perhatian penduduk setempat untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.