dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Mahir Tiny Techies Sekolah Rendah

28 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 27 September 2025 telah berlangsung secara atas talian tentang Bengkel Mahir Tiny Techies Sekolah Rendah selama 1 jam dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi. Seramai 6 orang pelajar sekolah rendah menyertai bengkel ini. Bengkel ini adalah untuk pengenalan komponen dan cara pemasangan Sumo Robot menggunakan Micro:Bit Robotic Kit yang telah dihantar oleh pihak Tiny Techies ke setiap NADI.

Sepanjang sesi pemasangan, pelajar bekerjasama untuk mengenalpasti komponen yang perlu digunakan ketika pemasangan. Memandangkan masa yang terhad, pelajar hanya sempat memasang separuh daripada Sumo Robot sahaja dan akan bersambung pada Bulan Oktober 2025 nanti. Pihak petugas NADI mendapat maklum balas yang positif untuk program sebegini kerana pelajar teruja untuk melihat Sumo Robot yang telah selesai dipasangkan.

Perkhidmatan pintar seperti ini memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah untuk mengisi masa terluang pada setiap hujung minggu. Masa mereka juga diisi dengan perkara yang berfaedah serta kurang menghabiskan masa di depan gadjet dan media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.