dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mahir Short Learning Series Pistachio Kunafa Brownies

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mei 2025, Ahad berlangsung Mahir Short Learning Series (SLS) Pistachio Kunafa Brownies bagi sesi pembelajaran sepanjang hayat dibawah Mahir Masak. Sambutan agak menggalakkan kerana ia sesuai untuk peminat baking, suri rumah, usahawan makanan atau sesiapa sahaja yang ingin belajar sesuatu yang baru, lazat dan bernilai tinggi.

Puan Ummi Kalsum diantara peserta surirumah 9 daripada peserta yang lain, berminat untuk belajar secara atas talian di youtube Live dengan hadir ke NADI. Sesi kali ini, peserta akan pelajari cara membuat kunafa yang rangup dan tidak liat. Tips Resepi brownies 'chewy' dengan rasa coklat premium. Peserta juga diajar teknik gabungan dua tekstur unik dalam satu dessert serta tips penyimpanan dan idea untuk jualan.

Pengajar dan peserta juga boleh berinterkasi di ruang chat secara live dan menjawab segala pertanyaan yang diutarakan. Sesi ni berlangsung serentak di semua NADI seluruh Malaysia dan resepi turut dikongsi kepada peserta yang terlibat. Peserta yang tercicir dapat menonton rakaman atau secara atas talian di youtube channel @StudioNADIMahir dari rumah atau dimana sahaja mereka berada.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.