Mobile Legends Bang Bang Saringan Peringkat NADI
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2025, Sabtu NADI Kampung Gunung Hilir telah mengadakan Mobile Legends Bang Bang Saringan Peringkat NADI terbuka kepada semua peringkat umur. Saringan ini bagi memilih satu kumpulan bagi mewakili NADI ke peringkat negeri.
Sebanyak 4 kumpulan dengan jumlah keseluruhan 23 peserta telah melibatkan diri dalam saringan ini. Pihak NADI telah membuat taklimat esport, pendaftaran keahlian, dan taklimat kesedaran. Saringan bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 2.45 petang termasuk pendaftaran kumpulan pemenang dan sesi bergambar.
Saringan ini melibatkan permainan secara Double Elimination – Ver. (4 Teams, 6 Rounds) iaitu melibatkan kumpulan Belangkas, Republic Of Amba, V5SPORT dan Black Dragon. Kumpulan yang menang dalam saringan kali ini dan akan mewakili NADI ke peringkat negeri adalah Belangkas.
Selaras dengan perkhidmatan pintar, program seperti ini telah membuka minat pelajar sekolah untuk menjadikan dunia e – sukan sebagai satu kerjaya. Banyak program berfaedah yang dapat disertai komuniti dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: