dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Mahir Intake 2 2025, Mahir Masak dan Mahir Jahit Menjadi Pilihan

22 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Kelas Mahir bagi Sesi Kedua secara rasmi telah bermula pada minggu 21 Julai 2025 dengan penyertaan seramai 7 orang peserta. Sebelum sesi kelas dimulakan, satu forum pengenalan telah diadakan bagi memperkenalkan semua program Mahir yang ditawarkan kepada para peserta.

Usai sesi forum, para peserta diberi ruang untuk memilih sesi Mahir yang paling diminati berdasarkan kecenderungan dan minat masing-masing. Hasil pemilihan menunjukkan bahawa program Mahir Masak dan Mahir Jahit merupakan dua sesi yang paling mendapat sambutan.

Pada minggu pertama, peserta telah didedahkan dengan cara penggunaan platform Mahir yang berfungsi sebagai medium utama untuk menyertai kelas, mengakses bahan nota pembelajaran, dan merekodkan kehadiran. Kehadiran peserta dicatat berdasarkan sesi pilihan masing-masing yang telah ditetapkan lebih awal.

Program Mahir ini diadakan bagi memperkasakan kemahiran peserta dalam bidang pilihan mereka serta memberi pendedahan terhadap penggunaan teknologi dalam pembelajaran kemahiran secara dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.