dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Tiny Techies Workshop

22 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 dan 22 Februari 2025, di NADI Kampung Gunung Hilir telah berlangsung program Tiny Techies Workshop secara atas talian dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah sahaja. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui tentang apa itu micro:bit, bagaimana caranya untuk program micro:bit dan apa yang boleh micro:bit lakukan. Begitu juga modul robotik cara untuk mengenali dan menghuraikan elemen robot dan proses reka bentuk kejuruteraan.

Program ini bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah hari pada hujung minggu cuti sekolah. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan membimbing pelajar cara membuka website Future Skills For All dimana modul-modul boleh diperolehi disitu dan pelajar dapat mengikuti kuiz-kuiz yang tersedia untuk mendapatkan sijil.

Program seperti ini banyak mendatangkan kelebihan kepada peserta yang juga seorang pelajar dalam membantu mereka untuk lebih memahami sekiranya diajar oleh cikgu di sekolah. Pelajar juga mendapat pendedahan awal tentang modul Tiny Techies Workshop dan boleh menarik minat mereka tentang kemahiran sains komputer yang terkini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.