dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Jota Joti Kedah 2025

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2025, jam 8.00 pagi kesemua pengurus NADI Kluster Kota Setar, Pendang dan Yan telah terlibat untuk menjayakan program Jota Joti peringkat Negeri Kedah di Pusat Ko Kurikulum Pendang, Felda Sg Tiang . Kempen Internet Selamat (KIS) telah dilaksanakan kepada pelajar beruniform pengakap bagi sekolah rendah , sekolah menengah dan belia termasuk guru pengiring.

Seramai seribu tiga ratus pelajar yang menyertai dan mereka perlu menghabiskan aktiviti di setiap station termasuk station MCMC iaitu tentang Kempen Internet Selamat (KIS). Terdapat 20 kumpulan pelajar yang hadir ke station dan perlu melibatkan diri secara aktif untuk menjawab soalan dan memberi respond kepada fasilitator NADI.
Kempen ini dapat memberi peluang dan pendedahan awal kepada para pelajar untuk berfikir dan berkongsi pandangan tentang risiko dan pencegahan yang berlaku di internet dan juga media sosial. Setelah selesai, para pelajar diberikan aiskrim sebagai tanda telah berjaya beserta pasport yang telah di cop oleh fasilitator NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.