dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat Sesi Jun 2025

17 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Pokok Sena Tahun 2025. Telah berlangsung pada 16 Jun 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Tampoi dan 18 Jun 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pedu dan Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad bagi tahap 1 dan tahap 2.

Penganjur yang terlibat adalah Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pokok Sena, Unit Pembangunan Kanak-Kanak Daerah Pokok Sena, Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK).

Hasil kerjasama pihak MCMC Negeri Kedah , (NADI) Pusat Sebaran Maklumat Nasional melibatkan Kluster Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang , Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Daerah Pokok Sena serta Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak Daerah Pokok Sena.

Antara pengisian program sepanjang kempen adalah Ceramah Perkhidmatan Kanak-Kanak dan Perlindungan Kanak-Kanak di JPKK JKM, ⁠Ceramah Internet Selamat – MCMC , Kempen Internet Selamat (Latihan Dalam Kumpulan), Penyerahan Anugerah IKON MCMC, Penyampaian Cenderahati kepada MCMC ,Penyampaian Cenderahati kepada pihak sekolah yang terlibat dan sesi bergambar bersama warga sekolah dan Pihak MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.