Taklimat SAFE & SHIELD Di Sekolah Zakat Kedah
30 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 November 2024, Jumaat NADI Kluster Kota Setar telah dijemput untuk mengadakan Pameran Digital Karnival Keusahawanan, Pendidikan dan Promosi Sekolah dengan memberi taklimat SAFE & SHIELD kepada pelajar beserta pameran.
Program berlangsung pada jam 2.30 petang hingga 5.00 petang yang disertai oleh NADI Kluster Kota Setar, iaitu Kampung Gunung Hilir, RP Seberang Terus, Mergong, Bukit Payong dan Simpang Kuala.
Taklimat NADI disampaikan bertajuk permasalahan di internet dan buli siber kepada pelajar sekolah menengah dengan isu-isu semasa serta pencegahan dan kawalan. Kuiz juga diadakan bagi menarik minat pelajar untuk kekal fokus sepanjang taklimat berlangsung.
Selain itu, pameran berkaitan NADI-TinyTechies iaitu microbit, drone, pemeriksaan kesihatan dan pendaftaran MyDigital ID kepada guru-guru sekolah. Program ini juga mewarwarkan tentang perkhidmatan baharu yang ada di NADI kepada pihak sekolah dan para pelajar iaitu tuisyen percuma DiLea dan e-Kelas serta mendapat keahlian NADI secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: