dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pameran Dan Aktiviti Sempena Kedah International Digital Carnival (KIDEC) 2024

25 April 2024 | Aktiviti Terkini

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah menganjurkan Program Kedah International Digital Education Carnival (KIDEC) 2024 bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Zon B, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. Program ini dijalankan pada 23 & 24 April 2024 bermula jam 8.30 Pagi sehingga 4.00 Petang.

Pelbagai program dan aktiviti telah diadakan seperti bengkel pendidikan digital, pameran agensi, pertandingan pendidikan digital ke arah menyemarakkan pendidikan digital di negeri Kedah dan program ini terbuka kepada semua guru dan pelajar.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kluster Kota Setar di bawah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut terlibat dalam Karnival KIDEC 2024 ini. Antara aktiviti yang telah dilakukan oleh NADI Kluster Kota Setar ialah Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), pameran 3D Printer & kuiz kepada para pelajar yang berkunjung ke pameran MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.