dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Shopee Sesi Mac

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2024, Jumaat petugas NaDi Kg Gunung Hilir telah mengadakan Kelas Shopee secara berkumpulan kepada 4 orang peserta daripada usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kota Setar. Kelas ini adalah sesi lanjutan daripada kelas Asas Shopee yang telah dijalankan pada 23 Februari 2024 lalu bagi mendalami ilmu dan mahir tentang platform Shopee.

Para usahawan telah diajar cara untuk mengambil gambar produk dengan menggunakan teknik yang betul. Petugas NaDi juga telah menyediakan mini studio untuk kegunaan para usahawan mengambil gambar produk mereka. Selain itu, para usahawan juga diajar untuk memuatnaik produk ke dalam platform shopee.

Para usahawan bersemangat tinggi untuk mendalami ilmu pengetahuan bagi menjana pendapatan melalui platform e-dagang. Petugas sedia untuk membantu usahawan bagi memenuhi hasrat mereka dan berkongsi ilmu yang ada walaupun mereka baru bermula daripada asas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.