dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Celik IT Siri I

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Seramai sepuluh orang pelajar sekolah telah menyertai Kelas Celik IT iaitu latihan komputer bagi mempelajari modul Microsoft Word yang bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir. Kelas ini berlangsung selama empat hari telah memberi peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka menggunakan komputer dalam penggunaan IT untuk kehidupan seharian terutamanya dalam proses pembelajaran.

Petugas telah memberi tunjuk ajar modul Microsoft Word dengan beberapa latihan seperti menyalin dan tampal dari internet serta penggunaan menu pada halaman yang telah disediakan. Kriteria penyediaan folio dititikberatkan kepada para pelajar bagi membolehkan mereka membuat persiapan di masa hadapan berdasarkan tunjuk ajar dan latihan yang diberi. Petugas PEDi mengharapkan segala ilmu yang telah dicurahkan dapat memberi manfaat kepada komuniti, berikutan masih ramai pelajar yang ketinggalan untuk menjadi celik IT terutamanya bagi pelajar menengah atas. Peluang sebegini harus dimanfaatkan berikutan tiada cas yuran dikenakan dan berguna pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.