dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas PdPR

26 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula 25 Januari 2021, Pusat Internet Komuniti Gunung Hilir telahpun memberi perkhidmatan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di pusat internet komuniti. Kelas diadakan seawal 8.10 pagi hingga 1.00 petang mengikut jadual PdPR, diikuti dengan sesi sebelah petang iaitu kelas KAFA. Rata-rata pengguna adalah tidak mempunyai laptop atau komputer dirumah serta menghadapi masalah liputan akses internet yang tidak stabil atau kuat.

PdPR yang diperkenalkan oleh KPM dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain dengan kelulusan pendaftar negeri. PIK Gunung Hilir sedia menerima pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam talian dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Kemudahan ini membolehkan pelajar belajar dengan selesa dan boleh memberi tumpuan berbanding dengan ketika berada dirumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2021 Semua Hakcipta Terpelihara.