dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Staf Pusat Internet (Maxis) Kedah & Perlis

10 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Disember 2019, staf Pusat Internet (Maxis) dari Kedah dan Perlis telah mengikuti bengkel keusahawanan Online Entrepreneurship: Part 2 bertempat di Pusat Internet Kg. Padang Besar Selatan. Bengkel tersebut telah disampaikan oleh Tuan Abu Hassan, seorang pensyarah di universiti awam Malaysia dalam jurusan Keusahawanan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan memantapkan lagi staf PI sebagai tenaga pengajar kepada komuniti mahupun kepada para pelajar tentang program keusahawanan. Dengan adanya latihan keusahawanan ini, staf PI dapat menambahbaik dalam mengendali kelas atau kursus keusahawanan kepada komuniti mahupun kepada pelajar GiatMARA khususnya.

Beberapa elemen telah diterapkan melibatkan unique selling point, commercialization dan replication. Kajian kes dalam pasaran dan menambah nilai terhadap beberapa produk dengan melibatkan beberapa perbentangan oleh staf PI untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Beberapa strategi pemasaran turut diterapkan termasuklah untuk mengekal, serta memajukan perniagaan yang sedia ada supaya ianya mendapat perhatian daripada orang ramai seperti mana perniagaan atau produk yang sedang viral berdasarkan trend semasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.